Bekas Polis Akan Terus Dibantu-Adun Elopura

607
Calvin (lima-kanan) bersama sebahagian dari bekas polis yang hadir dalam majlis perjumpaan berkenaan

Oleh SURAIDAH ROSLAN
SANDAKAN: Seiring dengan langkah membantu bekas polis yang dahulunya pernah berjuang mempertahankan kedaulatan negara, sokongan dan bantuan yang diperlukan akan cuba dipenuhi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong berkata, beliau akan memberi sokongan berterusan untuk membantu Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Sandakan.

Beliau berkata, antara peralatan diperlukan oleh pesara polis adalah seperti kerusi roda, tongkat dan alat pendengaran.

Calvin (duduk-tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa PBPM Negeri Sabah

“Maka, kita akan berusaha sedata upaya untuk memberikan bantuan yang diperlukan itu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Sandakan, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Calvin juga melahirkan penghargaan terhadap bekas-bekas polis yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga serta nyawa untuk membanteras jenayah yang berlaku di Sandakan dan di seluruh Malaysia.

Menurutnya, persatuan itu juga akan mencari dana untuk menyediakan keperluan kepada bekas polis yang sakit dan keluarga yang daif.

Dengan itu, PBPM berharap akan menerima sumbangan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan serta persatuan-persatuan yang berada di Sandakan.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pengerusi PBPM Negeri Sabah Awang Kassim Awang Gemok dan Ketua cawangan PBPM Sandakan Abudullah Abdul Hamid.