Bekas ADUN Kundasang Mynoor Ginggor Meninggal Dunia

463

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Mynoor Ginggor, 71, meninggal dunia di Hospital Ranau pada jam 3.30 petang Khamis.

Datuk Mynoor Ginggor meninggal dunia di Hospital Ranau.

Menurut anaknya, Jasni Mynoor, 48, Allahyarham dibawa ke hospital tersebut pada tengah hari kerana keadaannya yang sangat lemah.

“Sebelum ini arwah memang sakit dan pernah menjalani pembedahan di kakinya pada tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, Khamis malam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Supiah Liman serta empat orang anak danjenazah akan dikebumikan malam ini di tanah perkuburan Kampung Lembah Permai, Kundasang.

Semasa Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) memerintah Sabah pada tahun 1976 hingga 1985, Allahyarham pernah menjadi pembantu menteri.