Bayaran 20% Royalti Minyak Kepada Sabah? : Berita BTtv – 17 September 2019

220
Bersama Aza Mini Liashin.
  • Harapan untuk melihat janji kerajaan Pakatan Harapan membayar royalti minyak 20% kepada Sabah, mungkin tidak akan tertunai dalam masa terdekat. Ini berdasarkan jawapan perdana menteri, Tin Dr Mahathir Mohamad yang menganggap Sabah dan Sarawak bukan negeri termiskin di Malaysia.
  • Perdana menteri juga berkata “goodies” atau buah tangan perlu diagihkan kepada semua negeri untuk mengelak jurang ketaksamaan kekayaan menjadi semakin besar. Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengapa tiada buah tangan diumumkan kepada Sabah dan Sarawak dalam ucapannya semasa sambutan Hari Malaysia 2019 di Kuching, semalam.
  • Ketua menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal menyatakan secara terbuka di hadapan menteri kewangan, Lim Guan Eng mengenai kelemahan sistem agihan kekayaan negara yang amat merugikan Sabah. Ketua menteri secara berterus terang berkata agihan kekayaan yang tidak seimbang menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengaut hasil yang banyak daripada sektor pelancongan Sabah, namun bayaran balik kepada negeri ini terlalu sedikit.
  • Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut positif sokongan padu yang dizahirkan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah, USBO terhadap kepemimpinan beliau.
  • Datuk Seri Anwar memberi jaminan akan memuktamadkan penyelesaian isu berkaitan perjanjian Malaysia 1963, MA63 apabila beliau telah dilantik sebagai perdana menteri kelak.