Dalam kejadian kira-kira jam 11.19 pagi itu, tiga mangsa yang merupakan pelajar sekolah berusia 15 tahun serta pemandu bas iaitu seorang wanita berusia 53 tahun mengalami kecederaan akibat pertembungan itu.
Kesemua mangsa dikeluarkan dan diselamatkan oleh orang awam dengan dibawa ke pembahagi jalan sementara menunggu ketibaan ambulans.
Salah seorang mangsa yang merupakan pelajar perempuan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan bahu manakala, dua pelajar lelaki mengalami kecederaan ringan.
Orang ramai yang berada di lokasi membantu kesemua pelajar yang mengalami kecederaan sehingga pasukan keselamatan dan ambulans tiba di lokasi.
Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati sebuah bas sekolah bertembung dengan Toyota Hilux dan empat mangsa dalam bas sekolah dilaporkan mengalami kecederaan.
Katanya, dua mangsa dibawa ke hospital menaiki ambulans dan dua mangsa dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Pemeriksaan mendapati, pemandu kenderaan Toyota Hilux tidak berada di lokasi kejadian semasa ketibaan pasukan bomba.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.38 tengah hari.