Barisan Anak Muda Sabah Tolak Fahaman Perhimpunan Kuning Dan Merah

The pro-Najib red shirts have a tendency for violence and they have often pledged trouble for the
Kumpulan baju merah menyokong kerajaan Barisan Nasional. 

KOTA KINABALU – Barisan Solidariti Anak Muda Sabah Malaysia (Bersama) menolak sekeras-kerasnya fahaman yang dibawa kumpulan Bersih 5.0 dan Gerakan Baju Merah dalam mengadakan perhimpunan.

Pengerusinya Khalil Sabu berkata kedua-dua kumpulan berkenaan jelas melanggar nilai budaya, norma dan estetik rakyat Malaysia.

“Perhimpunan adalah dibenarkan, namun apabila ia (perhimpunan) mendatangkan kesan yang negatif kepada negara, perhimpunan itu harus ditolak serta merta.

mm
Di Labuan kumpulan baju kuning dikejar dari pulau bebas cukai itu.

“Kami meminta agar semua pihak bersama-sama menolak budaya demonstrasi itu, tidak kira ia daripada kumpulan merah, kuning atau apa warna sekali pun. Fahaman dan tindakan ini tidak mempunyai pengaruh positif untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perhimpunan Bersih 5.0 yang dirancang esok dan Perhimpunan Gerakan Baju Merah, di Ibu Pejabat Polis KOta Kinabalu, di sini hari ini.

Mengenai laporan polis itu, Khalil berkata ia bertujuan menggesa polis agar bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan perhimpunan sama ada baju kuning atau merah di Sabah.

“Kita tidak mahu budaya itu (perhimpunan) menular ke Sabah kerana kita tahu demonstrasi seumpama itu hanya memecah-belahkan perpaduan pelbagai kaum dan agama di negeri ini. Oleh itu kita minta pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi tujuan perhimpunan itu.

“Kita juga mencadangkan agar kerajaan negeri Sabah dengan kuasa Imigresen, menghalang mana-mana pemimpin gerakan baju kuning atau merah untuk memasuki Sabah,” katanya.