Barang Kemas Dirampas SPRM Dari Pegawai Atasan JAS RM3.64 Juta

Barang-barang kemas yang dirampas oleh SPRM dari rumah Pengarah dan timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah.
Barang-barang kemas yang dirampas oleh SPRM dari rumah Pengarah dan timbalan Pengarah Jabatan Air.

KOTA KINABALU – Barang kemas yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah (JAS) bernilai RM3.64 juta.

macc-logo

Menurut sumber rapat dengan pasukan pegawai penyiasat dalam kes penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, SPRM telah mendapatkan khidmat seorang pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat.

“Berat barang kemas bagi Ag Mohd Tahir Mohd Talib adalah 14.5kg yang bernilai RM2.74 juta manakala nilai barang kemas seberat 4.8kg bagi Teo Chee Kong dianggarkan dalam RM900,000,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari Jumaat.

Menurut sumber itu lagi, proses menilai barang kemas itu bermula kira-kira pukul 10.30 pagi ini dan selesai kira-kira 12.15 tengah hari.

Antara wang tunai berjumlah RM114.5 juta yang dirampas oleh MACC dari daripada pengarah dan timbalan pengarah, Jabatan Air Sabah, ahli perniagaan serta anggota keluarga mereka.
Antara wang tunai berjumlah RM114.5 juta yang dirampas oleh MACC dari daripada pengarah dan timbalan pengarah, Jabatan Air Sabah, ahli perniagaan serta anggota keluarga mereka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

Sehingga kini, nilai rampasan melebihi RM114.5 juta diperoleh daripada suspek dan keluarga mereka, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu.

Dalam sidang media pada Rabu lepas (5 Okt), Azam mendedahkan rampasan wang tunai dan sejumlah barang kemas serta sembilan kereta mewah.

Pengarah dan timbalan pengarah itu ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Okt ini bagi membantu siasatan.