Banyak Kampung Di Kadamaian Amat Memerlukan Jalan Raya, Air Terawat

Penyerahan sumbangan Sentuhan Kasih kepada golongan warga emas Kg. Sayap yang terlantar di rumah.
Penyerahan sumbangan Sentuhan Kasih kepada golongan warga emas Kg. Sayap yang terlantar di rumah.

KOTA BELUD – Pemimpin di peringkat akar umbi perlu mengambil peranan penting dalam  memperkasakan persefahaman dan perpaduan rakyat. Kesatuan yang kukuh akan menjadikan rakyat lebih kuat, dinamik dan seiring dengan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian Jeremmy Malajad berkata, melalui persefahaman dan perpaduan rakyat di kawasan ini, rakyat Kadamaian mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan.

Jeremmy berkata demikian di Program Sentuhan Kasih anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sayap di Mini Dewan Kampung Sayap.

Hadir sama Penggerak Perpaduan Daerah Risin Sikin, Ketua Kampung Lunsing Kundading, Pengerusi JKKK Kisoh Kiambu dan Pengeusi KRT Sombuoi Yangkat.

Jeremmy mendengar dengan tekun masalah yang di keutarakan penduduk Kg. Sayap. - Gambar-gambar oleh Rozie Jumat
Jeremmy mendengar dengan tekun masalah yang di keutarakan penduduk Kg. Sayap. – Gambar-gambar oleh Rozie Jumat

Jeremmy yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Kadamaian berkata masih banyak kampung yang amat memerlukan jalan raya, bekalan air terawat dan kemudahan asas yang mendesak.

“Saya sentiasa berusaha sedaya upaya bersungguh-sungguh melaksanakan amanah yang diberi oleh rakyat Kadamaian,” kata Jeremmy.

Katanya program Sentuhan Kasih anjuran KRT terbukti berkesan menyatu padukan masyarakat berbilang kaum, kepercayaan dan perbezaan politik.

“Kita merasa bangga dan gembira melihat KRT di daerah ini khususnya di kawasan Kadamaian bergerak aktif, ” kata Jeremmy.

Sebanyak 21 penerima sumbangan Sentuhan Kasih yang mensasarkan golongan warga emas.

“Sentuhan Kassih sebagai pengerat hubungan tanda pemimpin dan rakyat berpisah tiada. Pemimpin dan rakyat saling memerlu. Sumbangan yang diberikan cuma sedikit, tetapi kita datang ke bawah untuk mendampingi rakyat,” tambah Jeremmy.

Sementara itu Wakil Rakyat Kadamaian turut melawat warga emas yang uzur dan meninjau permasalahan sekitar kampung Sayap.