Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sipitang, tinjauan pihak berkuasa mendapati kawasan terkesan banjir yang melibatkan pemindahan penduduk telah pulih.
“Maka dengan itu, Pengerusi JPBD Sipitang, AK Raim Pg Abd Rahman telah mengarahkan agar penduduk yang berpindah ke PPS Dewan Mini Mesapol dihantar pulang ke rumah masing-masing.
PPS Dewan Mini Mesapol dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Banjir Daerah Sipitang ditutup dengan rasmi pada jam 5 petang ini. (22 Meo 2022),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Banjir di Sipitang berpunca hujan lebat sejak petang Jumaat lalu yang menyebabkan limpahan Sungai Mengalong dan Sungai Lukutan.
Setakat 12 tengahari tadi, 32 mangsa banjir dari 11 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Mini Mesapol, Sipitang.
Mereka adalah dari Kampung Sindumin Baru dan Kampung Siputol.
Hanya 1 PPS dibuka akibat banjir di Sipitang iaitu di Dewan Mini Mesapol.
Sebanyak 17 kampung di Sipitang terjejas banjir sejak 20 Mei lalu.
6 jalan utama turut dinaiki air termasuk Jalan Kampung Menengah, Jalan Luagan Sindumin dan Jalan Skim Sindumin.