Banjir Kilat Di Sekitar Penampang, Penduduk Disarankan Guna Jalan Alternatif

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
PENAMPANG: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melalui akaun Facebook memaklumkan, Jalan Kibabaig dan Jalan Panglima Banting, Donggongon antara jalan yang terjejas berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Menurut IPD Penampang, kawasan tersebut hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif bagi mengelak terkandas di tengah jalan.

Antara jalan alternatif yang boleh dilalui oleh pengguna jalan raya dari arah Country Heights adalah Jalan Bukit Padang ke Bundusan begitu juga kenderaan dari arah Kibabaig ke arah Country Heights.