Menurut sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri (JPBN) Sabah, mereka yang dipindahkan ke PPS terdiri 24 lelaki dan 32 wanita serta 28 kanak-kanak.
Mereka dipindahkan ke PPS di Dewan Kampung Airport Batu 10, Kunak yang dibuka jam 9 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.17 pagi tadi.
Katanya sepasukan bomba dari BBP Kunak dan BBP Lahad Datu berjaya menyelamatkan 7 mangsa dari 2 keluarga menggunakan bot penduduk kampung dan bot Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan di hantar ke PPS Dewan Kampung Airport, Kunak.
Menurut beliau, ketika melakukan operasi pemantauan dan penyelamaran, sebuah
jentera FRT dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kunak terperangkap dalam kawasan banjir pada jam 8.50 pagi semasa membuat pemantauan namun telah keluar dari kawasan banjir dengan selamat.
Setelah memastikan keadaan selamat, operasi di tamatkan jam 3.15 petang.
“Pemantauan bomba di kawasan berkenaan akan di jalankan dari masa ke semasa,” katanya.