Banjir: 4 Kampung Di Tambunan Dinaiki Air

TAMBUNAN : Hujan lebat menyebabkan empat kampung di Tambunan dinaiki air akibat limpahan Sungai Pegalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.28 petang.

Katanya, sepasukan 7 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan membuat pemantauan di Kampung Dabata.

Katanya, kampung terlibat ialah Dabata, Nambayan, Lalapakon dan Kampung Gana.

Katanya penduduk kampung yang terjejas telah berpindah sendiri ke kawasan yang selamat sebelum ketibaan pihak bomba.

Tiada pemindahan mangsa dijalankan dan operasi ditamatkan pada jam 6:59 petang setelah air semakin surut.