Banduan Mati, 8 Ditahan Polis : Berita BTtv 17 October 2019

Bersama Salbinous Saribun
  • Seorang banduan ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala di penjara pusat Kota Kinabalu. Susulan kejadian itu, 7 warden penjara dan seorang pegawai ditahan polis semalam bagi membantu siasatan.
  • Berniaga menjual barangan dalam talian dan hasil pendapatan digunakan untuk membantu gelandangan dan fakir miskin. Itu usaha murni dilakukan sekumpulan belia dikenali Gerakan Amal Bersama, GAB di Tawau sehingga mendapat pujian orang ramai termasuk netizen.
  • Di Kuching, sekumpulan individu turut mengambil inisiatif mengumpul dana untuk membina semula rumah panjang di 5 kawasan terpencil yang musnah akibat kebakaran. Usaha murni itu dengan sasaran mengutip dana RM1 juta turut disertai beberapa pemilik hotel bertujuan meringankan beban mangsa.
  • Susulan langkah kerajaan Indonesia memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur menjelang 2024. Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia MICCI Sabah, Datuk Seri Wong Khen Thau berkata kemudahan jalan raya bagi menghubungkan Sabah dan Kalimantan perlu dibangunkan bagi membolehkan kerjasama dalam sektor ekonomi dan pelancongan antara kedua wilayah dapat dijayakan dengan lebih berkesan.
  • Datuk Seri Wong berkata Sabah dan Kalimantan juga harus mula mengenalpasti bidang yang boleh diusahakan bersama. ini kerana Sabah dan Kalimantan mempunyai banyak persamaan dari segi sumber asli seperti minyak dan gas, arang batu, balak dan perikanan.
  • Sambutan bulan sukan negara di Betong, Sarawak menampilkan keunikan tersendiri apabila menggabungkan permainan tradisional dalam acara yang dijalankan. Antaranya, pencak Iban berbelah yang jarang dilihat.