Bajet Sabah 2020 : Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 15 November 2019

122

Bersama Beverly Anastacia Lim.

* Laporan pembentangan Belanjawan Sabah 2020 bertema “Merancakkan

Pembangunan Untuk Kesejahteraan Rakyat” oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal di Dewan Undangan Negeri.

Bajet dirangka berteraskan aspirasi dan komitmen kerajaan dalam melonjak dan mempercepatkan lagi kadar pembangunan negeri

demi kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

* Anggaran perbelanjaan berjumlah RM4.143 billion berbanding anggaran kutipan hasil RM4.192 billion dengan lebihan RM48.55 juta.

* Ia belanjawan lebihan kedua berturut-turut sejak kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah memerintah, sekaligus menunjukkan kedudukan kewangan negeri sihat dan kukuh.

* Royalti Petroleum RM1.7 bilion ringgit dijangka kekal penyumbang utama atau 40 % kepada anggaran hasil negeri tahun hadapan.

* Ketua Menteri turut mengumumkan berita gembira apabila mengumumkan bantuan khas RM500 kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar bersama gaji bulan Januari 2020.

* Sektor kemudahan awam dan infrastruktur sokongan merupakan antara penerima peruntukan terbesar iaitu RM1.571 bilion, ia merangkumi RM929.44 juta kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan agensinya manakala RM530.7 juta di bawah kawalan Kementerian Kewangan.

* Usaha membangunkan sektor pertanian diteruskan dengan menyalurkan peruntukan berjumlah RM459.64 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

* Ketua Menteri turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM237.61 juta  bagi pembangunan sektor pelancongan, satu daripada penyumbang utama hasil negeri.

* Dalam memastikan Ahli Dewan Undangan Negeri dapat melaksanakan projek-projek kecil luar bandar, kerajaan menyediakan peruntukan khas ADUN sebanyak RM78.22 juta ringgit bagi tahun 2020.

* Adun dilantik turut menerima peruntukan khas sebanyak RM300,000 pada 2020.

* Kerajaan memperuntukkan RM8.45 juta ringgit kepada penjawat awam yang berhasrat untuk menyambung pelajaran demi meningkatkan kemahiran, tahun hadapan. 50 biasiswa ditawarkan kepada pegawai kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran. manakala bagi sarjana muda, biasiswa ditawarkan mengikut keperluan serta kesesuaian program dipohon.

* Datuk Seri Mohd Shafie mengingatkan agensi kerajaan agar memanfaatkan peruntukan belanjawan dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlaku ketirisan dalam perbelanjaan yang boleh menjejaskan pelaksanaan, mutu perkhidmatan serta kualiti sesuatu projek pembangunan yang akan dilaksana.

* Anggota kabinet negeri serta penjawat awam menyifatkan belanjawan sabah 2020 sebagai bukti kerajaan Sabah berjiwa rakyat serta mengambil kira kepentingan rakyat secara holistik.