Bajet Sabah 2018 Mendahulukan Kepentingan Rakyat, Kata Wanita PBRS

Oleh ROZIE JUMAT
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita PBRS menyambut baik Bajet Negeri 2018 yang membuktikan kewibawaan dan kecekapan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Ketua Menteri Musa Aman

Ekonomi negeri Sabah juga melonjak tinggi dan berada di dalam kedudukan ke lima di dalam Negara, kata Ketua Wanita Zainon Hj Kayum.

ZAINON KAYUM

Dia berkata, Bajet Sabah 2018 disifatkan sebagai bajet mendahulukan kepentingan rakyat yang merangkumi pelbagai bidang dan golongan.

Disamping itu, ia membuktikan petanda aras atas kecekapan kerajaan negeri mengurus ekonomi demi mensejahterahkan rakyat. Agihan peruntukan melalui bajet dapat meneruskan lagi pembangunan di seluruh pelusuk negeri.

Katanya, wanita bersyukur di atas keperihatinan Ketua Menteri memberi peruntukan khas untuk wanita, ibu tunggal, warga emas , oku, belia dan masyarakat desa.

“Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional merasai nadi denyut masyarakat dan sentiasa mendengar segala keperluan rakyat sehingga ke peringkat akar umbi. Sudah pasti Luar bandar dan Pedalaman turut menerima impak dan menikmati kesejahteraan rakyat,” tambah Zainon.

Zainon berkata dengan adanya peruntukan ini, rancangan peningkatan kemahiran dan pemerkasaan wanita ia dapat menambah baik pendapatan serta ekonomi wanita dan keluarga.

Oleh itu, Zainon berharap wanita khususnya di luar bandar dapat mengambil peluang sepenuhnya dari bantuan yang diusahakan oleh kerajaan ini.