APM Sandakan Tumpu Perkampungan Atas Air Ekoran Fenomena Air Pasang Besar

Gambar untuk hiasan saja. Kejadian air pasang besar ini di Kedah.
Gambar untuk hiasan saja. Kejadian air pasang besar ini di Kedah.

SANDAKAN – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menumpukan pemantauan di perkampungan atas air di sekitar daerah ini dan Kinabatangan ekoran fenomena air pasang besar yang bermula hari Isnin.

Ketua APM Sandakan, Ahmad Roslan berkata, kawasan tersebut membabitkan Sim-Sim, Tinusa, Karamunting, Sekong, Gum-Gum di daerah Sandakan dan Sukau di Kinabatangan.

Katanya, paras ketinggian ombak dijangka mencecah 2.28 hingga 2.53 meter mulai pukul 5 petang hingga 9 malam.

Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti air dalam tempoh berkenaan, katanya dalam kenyataan, di sini Isnin.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai mengelakkan daripada melakukan aktiviti riadah di tepi pantai buat masa ini.