APM, Bomba Pantau Rapi Situasi Banjir Di Pedalaman Sabah

1147
Seorang ahli Bomba Keningau memantau paras air di Sungai Pampang Ahad. - Gambar ihsan Bomba Keningau
Seorang ahli Bomba Keningau memantau paras air di Sungai Pampang Ahad. – Gambar ihsan Bomba Keningau

KOTA KINABALU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah sedang memantau rapi perkembangan banjir di beberapa daerah pedalaman Sabah termasuk Keningau dan Tenom berikutan kekerapan hujan di daerah berkenaan, kebelakangan ini.

Pengarah APM Sabah, Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata walaupun beberapa sungai utama di daerah berkenaan seperti Sungai Pegalan, Sungai Liawan dan Sungai Padas di Beaufort mengalami banjir namun ia masih pada paras selamat.

“Untuk makluman, hari ini hujan di Daerah Keningau bermula 1.45 tengah hari tadi dan masih berterusan hingga sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pasukan Bomba juga membuat pemantauan banjir kilat disekitar kawasan Sungai Pampang, Keningau.

Tiada operasi pemindahan mangsa dijalankan setakat ini. Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, kata PBKII Asip Kaibin yang mengetuai operasi pada Ahad.

Pemantauan pihak APM di daerah Beaufort dan Daerah Kecil Membakut pula mendapati paras sungai di sana juga masih terkawal.