Anifah: Keputusan Mahkamah Sudah Dijangka

48
ANIFAH AMAN

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata keputusan mahkamah memutuskan kerusi Parlimen Kimanis yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu terbatal tidak mengejutkannya.

Ketika dihubungi, beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada akan bertanding di kerusi itu jika pilihan raya kecil diadakan.

Beliau merupakan wakil rakyat di situ selama 20 tahun dan telah meninggalkan UMNO untuk menjadi Bebas.

“Sudah dijangka,” katanya ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membenarkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini membatalkan kemenangannya di Parlimen Kimanis.

“Saya telah menjadi Ahli Parlimen 20 tahun, saya pernah menjadi timbalan menteri Persekutuan, Menteri Luar selama sembilan tahun.

“Keutamaan saya ialah hak-hak Sabah, tidak perlu jadi Ahli Parlimen,” kata adik bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman itu.