Anifah Ikut Jejak Abang Gagal Di Mahkamah, PRK Kimanis ‘On’

167
Peguam Karim, Syaiful Sidin menunjukkan isyarat bagus sambil diperhatikan Frederick Chang Tyn Chi selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anifah.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Anifah Aman bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Pilihan Raya Sabah yang menolak kemenangannya bagi kerusi Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Dengan penolakan rayuan itu, kerusi Parlimen Kimanis akan dikosongkan dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis akan diadakan.

Petisyen menolak kemenangan Anifah difailkan oleh Datuk Karim Bujang daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas kerusi Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kimanis dalam PRU-14.

Pada 16 Ogos, Mahkamah Pilihan Raya Sabah menolak kemenangan Anifah di Parlimen Kimanis kerana didapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.