Anggota Bomba Terkena Renjatan Elektrik Semasa Padamkan Kebakaran

330
Kebakaran rumah di Kampung Lotong Kota Marudu. – Gambar ihsan BOMBA Kota Marudu

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA MARUDU: Komited dengan tugas memadamkan kebakaran rumah di Kampung Lotong, seorang anggota pasukan Bomba dan Penyelamat terkena renjatan elektrik, di sini pada malam Sabtu.

Anggota bomba, Latif Muhamad Sabindo Latapa,28, yang mengalami kebas badan dihantar ke Hospital Kota Marudu pada malam Sabtu dan dibenarkan keluar pada hari yang sama.

Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah. Kebakaran itu turut melibatkan sebuah kenderaan yang terbakar 10 peratus.

Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran rumah itu pada 8.25 malam.

Selepas itu sebuah jentera FRT dan sebuah jentera membawa tangki air dengan tujuh anggota dikejarkan ke loksi kejadian.