Anak Lemas, Bapa Masih Hilang Di Laut

79
Mangsa yang lemas telah dibalut dengan kain putih oleh penduduk kampung.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KUALA PENYU: Aktiviti memancing di hujung minggu oleh dua beranak bersama rakan mereka bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lepas di Pantai Sabang, Kampung Kekapor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Izham Jahar, 20, ditemukan lemas manakala bapanya, Jahar Asri, 50, masih hilang di laut.

Mangsa yang selamat ialah Rosman Emang, 40.

Bot yang digunakan mangsa telah ditarik ke pantai.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, semasa kejadian ketiga-tiga mangsa sedang memancing dengan menaiki sebuah bot.

Katanya, bot yang digunakan bagaimanapun terbalik akibat dipukul ombak.

“Seorang mangsa selamat manakala seorang meninggal dunia. Kedua-duanya ditemukan oleh penduduk kampung.

Penduduk kampung berkumpul di Pantai Sabang, lokasi seorang lelaki ditemukan lemas.

“Seorang lagi mangsa masih belum ditemukan setakat ini,” kata agensi itu.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan, namun ditangguhkan pada pukul 5.27 petang dan akan disambung semula esok.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis.