Amalan Gotong-Royong Perlu Diangkat Semula Sebagai Sebahagian Budaya Masyarakat

143

SANDAKAN: “Kita tidak mahu rakyat menjadi individualistik, materialistik dan hilang nilai-nilai kejiranan, penyayang dan prihatin terhadap persekitaran kediaman masing-masing.

“Oleh itu, pentingnya rakyat membudayakan program bergotong-royong bagi meningkatkan kesedaran menjaga kesihatan diri, keluarga dan persekitaran, serta mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama dalam kalangan penduduk setempat,” katanya pada Program Komunitiku Sihat di Kampung Sim-Sim di sini.

Poon, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat, berkata pihaknya sedang bekerja untuk membangunkan sektor pelancongan di Sandakan dan mahu melancarkan projek besar yang berkesan untuk melonjakkan lagi pembangunan Sandakan.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin berkata pihaknya sedang merancang untuk mewujudkan bahagian pembangunan komuniti dalam MPS bagi memberi pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat di Sandakan mengenai kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan, perpaduan dan hidup dalam bermasyarakat.