Ahmad Din Dilantik Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini menyampaikan watikah pelantikan bagi jawatan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah di Istana Negeri, di sini, hari ini.

 Pada majlis itu, [email protected] Din Othman, 57, menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah berkuat kuasa 11 Nov tahun lepas.

Mohd Ridhuan Othman, 43, menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah berkuat kuasa 16 Okt tahun lepas.

Turut hadir Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar dan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Seri Dr Hasbullah Taha.

Aidi ketika ditemui pemberita selepas majlis itu,  berharap kedua-dua mereka dapat memainkan peranan efektif dalam melaksanakan tugas-tugas kehakiman dan pendakwaan dengan penuh bijaksana dan keadilan.