Ahli Parti Warisan Di Labuan Mengadakan Program Menderma Darah

434
Bekas calon Parti Warisan di Labuan, Noor Halim Hj Zaini, lima dari kiri.

Oleh SHANE SHAH
LABUAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) bahagian Wilayah Persekutuan Labuan mengadakan Program Menderma Darah bagi membantu mengisi bekalan tabung darah di Hospital Labuan.

Penyelaras Program Jais Siol berkata, seramai 20 orang ahli Warisan telah menyertai program yang diadakan pada pagi Selasa.

“Sumbangan kami ini diharap membolehkan tabung darah di hospital ini sentiasa berada pada tahap mencukupi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir menjayakan program yang dapat membantu pesakit yang memerlukan darah.

“Saya juga berharap orang ramai akan sama-sama memainkan peranan membantu menderma darah di hospital berkenaan,” katanya.

Para penderma darah dari ahli ahli Parti Warisan di Labuan.