Ahli Parlimen DAP Tony Pua Dihalang Masuk Sabah, Bukti BN Goyah

1444
Tony Pua, kebelakang kamera, sedang berbal dengan Stephen Wong sementara menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur Rabu petang.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dihalang memasuki Sabah sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) sekitar jam 12.45 Jumaat dan terpaksa kembali ke Kuala Lumpur jam dua petang hari yang sama.

Kehadiran Tony ke Sabah pada Jumaat sebagai memenuhi jemputan bagi program dialog 1MDB dan isu-isu semasa bersama masyarakat luar bandar di Keningau dan Tenom.

Selain itu, beliau juga dijadualkan merasmikan Sistem Agihan Air Graviti Umpason serta melancarkan penubuhan beberapa cawangan DAP kawasan luar bandar dan pedalaman di sini.

Menurut Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt, tindakan kerajaan BN Sabah menggunakan kuasa imigresen bagi menghalang Tony memasuki negeri itu amat tidak wajar.

“Jelas ini menunjukkan UMNO-BN semakin khuatir dan risau kerana DAP semakin mengukuhkan kedudukan di Sabah khususnya di kawasan pedalaman.

“Apa masalah tak benarkan Tony masuk (Sabah)? Tony bukan pengganas! Beliau adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia yang dipilih rakyat,” katanya ketika dihubungi Roketkini.