Adun Sri Tanjung Sumbang Lembu Sempena Hari Raya Aidiladha

168

TAWAU: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung menyumbangkan empat ekor lembu di kawasan DUN itu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sri Tanjung, Koo Hung Eow mewakili Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap Adun Sri Tanjung Datuk Jimmy Wong Sze Phin telah mengagihkan sumbangan lembu korban itu di empat kampung (Kg) di kawasan DUN berkenaan.

Kampung-kampung itu termasuk Kg Rawa-rawa, Kg Baru, Kg Saddani dan Kg Jawa.

Turut hadir dalam pengagihan sumbangan itu adalah Pegawai Kemajuan Masyarakat Sri Tanjung Woo Soon Fatt, Pemaju Mukim Lee Yung Chung, Ketua Anak Negeri Tahir Sulong dan Ketua Daerah Tawau Akmad Monggoh.

Pemberian sumbangan lembu daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) Tawau kepada masyarakat Muslim sekitar DUN Sri Tanjung itu merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan saban tahun.

Jimmy juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2019 kepada seluruh penduduk yang beragama Islam di daerah Tawau dan seluruh Sabah.