Adun Sri Tanjung Derma Ventilator Kepada Hospital Tawau

JIMMY WONG

TAWAU: Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap ADUN N57 Sri Tanjong YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin telah memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Dewan Perniagaan Tiong Hua Tawau sebagai sokongan untuk membeli 1 unit kelengkapan Alat Bantuan Pernafasan ataupun Ventilator untuk disumbangkan kepada pihak Hospital Besar Tawau khususnya bagi kegunaan pesakit COVID-19.

Matlamat Kempen Derma Dewan Perniagaan Tiong Hua Tawau adalah untuk mengumpul dana sumbangan yang berjumlah RM500, 000 untuk membeli 10 Unit Alat Bantuan Pernafasan dimana harga seunit (1) Ventilator tersebut adalah bernilai RM50,000.

YB Datuk Jimmy Wong berkata, dengan adanya 10 unit mesin ini, diharapkan agar dapat membantu pihak Hospital agar lebih tertumpu  dalam menyelamatkan pesakit-pesakit yang telah dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Beliau juga menyeru agar kerajaan harus memastikan kelengkapan alat saringan ujian (test kit) bagi COVID-19 sering dalam keadaan yang mencukupi.