Ada Permintaan PPBM Masuk Sabah, Kata Muhyiddin Yassin, Tapi …….

3049

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO negeri itu yang bertindak keluar parti.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia bagaimanapun bergantung kepada beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri bawah bayu itu.

“Yang penting kita tidak mahu timbul pertembungan daripada segi kepentingan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin Kuala Lumpur (TSMCG) kepada 10 badan amal, disini hari ini (Rabu – Dec 12, 2018).

UMNO Sabah dilaporkan lumpuh apabila Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bersama sekumpulan wakil rakyat dan ketua bahagian meninggalkan parti itu untuk menjadi anggota politik bebas.

Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan ADUN dan dua senator, menurut Hajiji yang juga Ketua UMNO Tuaran.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menyifatkan perkembangan baharu itu sesuatu yang baik untuk PH, khususnya apabila kesemua yang keluar parti itu menyatakan sokongan kepada parti gabungan itu.

BERITA BERKENAAN: –

Shafie Apdal: Parti Warisan Sedia Terima Bekas Wakil Rakyat Umno

UMNO Sabah Lumpuh, Pemimpin Umum Keluar Parti Beramai-Ramai