Abu Samah Dilantik Ketua Cawangan Khas Sabah

170
Zaini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas Sabah yang baharu daripada Suhaimi (kanan) kepada Abu Samah di IPK Sabah hari ini.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Sabah, Asisten Komisioner Abu Samah Mohd. Noor dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Abu Samah menggantikan Datuk Suhaimi Deraman yang bersara wajib bermula hari ini.

Sementara itu, Asisten Komisioner Abd. Rahman Ishak dilantik menggantikan kekosongan posisi yang ditinggalkan Abu Samah.

Majlis serah terima tugas kedua-dua jawatan itu disaksikan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass di IPK Sabah pagi ini.

Zaini dalam ucapannya pada majlis itu berkata, polis Sabah sentiasa komited dalam meningkatkan integriti terutama di barisan hadapan bagi mengawal keselamatan di negeri ini.

Katanya, sebagai barisan hadapan atau frontliners yang turut bertugas menjaga sempadan dan pintu masuk ke Sabah, perkara itu harus diutamakan.

“IGP (Ketua Polis Negara) ada menyarankan tiga fokus utama mereka mengenai
yang ini mengarahkan semua pihak polis meningkatkan integriti masing-masing, menjauhi amalan rasuah penyelewengan, salahguna kuasa dan sebagainya.

“Jika frontliners integriti yang lemah, makna keselamatan negara itu pun mudah dibocorilah, sebab mereka jaga pintu masuk negara, jaga sempadan kalau mereka ini integriti lemah, mudahlah penjenayah-penjenayah meloloskan diri, “katanya.