“Abang, Doakan Zairah Ya…”

Oleh ARDYHANSAH AMAT
TAWAU: “Abang, doakan Zairah ya,” ujar Nurzairah Aladin, 35, guru yang parah akibat kemalangan di Jalan Tawau-Kalabakan, semalam, terhadap suaminya yang dikenali sebagai Mohd Irfan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik akaun Facebook Mohd Irfan, isterinya sempat berkata demikian, walaupun sukar bercakap akibat kecederaan yang dialaminya.

“Sejak subuh tadi (semalam) kami semua tidak berhenti mendoakan, mengharapkan keajaiban (keselamatan Nurzairah).

Antara gambar yang dimuat naik Mohd Irfan menunjukkan keadaan Nurzairah sedang dirawat di wad.

“Selepas beberapa jam dimasukkan ke bilik kecemasan zon merah di Hospital Tawau, akhirnya isteri dipindahkan ke wad pembedahan untuk rawatan susulan,” katanya.

Menurut Mohd Irfan, bahu dan lengan kiri Nurzairah patah selain kemungkinan tulang belakang lehernya tergelincir.

Ia sekali gus menafikan beberapa dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam, bahawa Nurzairah turut terkorban akibat kemalangan tersebut yang meragut nyawa dua rakannya Dayana Damsah, 27, dan Nurizyani Kafli, 24.

Mohd Irfan dan Nurzairah.

“Sehingga tengah hari tadi, keadaan isteri semakin stabil dan alat bantuan pernafasan oksigen juga sudah dibuka.

“Isteri kini boleh bercakap dengan jelas, namun, masih memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

BERITA BERKAITAN :- 

Guru Baru Kahwin Antara Dua Maut Kereta Terjunam Dalam Sungai