Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, skim kawalan harga itu bermula dua hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan enam hari selepas Krismas.
Bercakap dalam sidang media di Kuching, hari ini, Alexander berkata, sebanyak lapan jenis barangan harga terkawal akan dikuatkuasakan melibatkan kategori ayam, sayur, daging kambing dan daging babi.
Selain itu, babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) di Sarawak, Sabah dan Labuan sahaja.
Alexander berkata pelaksanaan skim ini adalah kesinambungan terhadap pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang bermula 7 Disember lalu dan akan berkuat kuasa 31 Disember ini.
Menurut beliau, skim ini diperkenalkan bagi menstabilkan harga barangan di pasaran kerana dijangka permintaan terhadap barangan keperluan asas tertentu dijangka meningkat ketika musim perayaan Krismas.