72 Mangsa Terjejas Banjir Di Beaufort, Tenom

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di daerah Beaufort dan Tenom meningkat kepada 72 orang setelah banjir melanda 56 buah kampung di kedua-dua daerah itu.

Secara keseluruhan sebanyak 17 keluarga yang terlibat telah di pindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan DSP Mohd Dun Banjir, Beaufort dan Rumah Kebudayaan Kalang Kanar, Tenom.

Di Beaufort, seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke PPS manakala, seramai 26 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan di Tenom.

Banjir mula melanda kedua-dua daerah ini sejak semalam akibat hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan setakat 8 pagi tadi, proses memindahkan mangsa banjir masih lagi dipergiatkan disebabkan paras air di beberapa kawasan hotspot masih kagi di bawah kategori bahaya.