6,276 Kes Baharu, Kumulatif Kes 751,979

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,276 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 751,979, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian dalam Twitter, beliau memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,836 kes, diikuti Negeri Sembilan (644); Kuala Lumpur (625); Sarawak (376); Johor (299); Sabah (242); Kedah (226); dan Melaka (223).

Selain itu, Pahang mencatatkan 210 kes diikuti Kelantan (159); Perak (137); Labuan (132); Pulau Pinang (131); Terengganu (20); Putrajaya (11); serta lima kes di Perlis.