6 Rumah Musnah Terbakar di Semporna

SEMPORNA: 6 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bubul, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.57 tengah malam.

Katanya sepasukan 12 pegawai dan anggota bersama 2 jentera pemadam api dari BBP Semporna dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 3 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan 6 buah rumah jenis tidak kekal dengan luas keseluruhan 150 x 100 kaki telah terbakar 100%.

“Tindakan pemadaman menggunakan 2 aliran 300 kaki 3 pancutan sumber air dari jentera dan sumber air terbuka (perigi),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran dapat dikawal jam 1.34 pagi.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Edoen berkata setelah pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan jam 3.18 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.