6 Ditembak Mati : Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 10 November 2019

83

Bersama Hikma Juni.

  • 6 sekeluarga dari pulau Denawan, Semporna mati ditembak di Selatan Filipina 5 November lalu. 2 terselamat. Polis masih menyiasat.
  • Semua 103 mangsa banjir dari 12 kampung di Membakut telah dibenarkan pulang. Pusat pemindahan mangsa banjir di Selagon, Beaufort, ditutup 4 petang tadi.
  • Seorang pekerja ladang ditahan susulan penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia berusia 24 tahun di kawasan semak di ladang Imbak, Luasong, Kalabakan, petang kelmarin.
  • Jeti menempatkan tangki minyak diesel dan sebuah tongkang, terbakar di jalan Kastam Lama, kampung Ipil, Lahad Datu, pagi tadi.
  • Atlet Paralimpik dari Sabah yang juga juara dunia lompat jauh T12, Jonathan Wong Kar Gee, sekali lagi mengharumkan nama negara apabila membawa pulang pingat perak di Kejohanan Para Olahraga Dunia 2019 di Dubai, baru-baru ini. Sekaligus membolehkan Jonathan melayakkan diri secara automatik ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Jepun .
  • Kesepakatan dan solidariti yang ditunjukkan warga sekolah kebangsaan, SK Sri Gaya, Kota Kinabalu wajar dicontohi oleh sekolah lain di negara ini apabila berjaya mengutip dana hampir RM165,000 menerusi penganjuran 3 program untuk menjayakan pelbagai program sekolah dalam tempoh kurang setahun.