MV Antonia, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff, berkata PATI yang dihantar pulang terdiri 340 lelaki, 82 wanita, 50 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan lapan kanak-kanak berusia bawah 23 bulan.
Kesemua PATI terbabit sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Tawau.
“Ini adalah program pemindahan pertama bagi November 2022 dan sehingga kini, jumlah keseluruhan tahanan PATI dari semua warganegara yang telah berjaya dihantar balik ke negara asal adalah seramai 4,658 orang.
“Jumlah ini merangkumi
3,015 warganegara Filipina dan 1,427 warganegara Indonesia serta lain-lain warganegara seramai 216 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
SH Sitti Saleha berkata, semua mereka ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Katanya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara ini.
“Semua warga asing diingatkan supaya memastikan memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan.
“Jabatan Imigresen Sabah akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” katanya.