48 Imigran Tanpa Dokumen Ditahan Di Labuan

12229

LABUAN: Polis menahan 48 imigran tanpa dokumen dari Filipina dalam serbuan di perkampungan air Kampung Bebuloh Laut, hari ini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Muhamad Farid Ahmad berkata dalam serbuan tersebut, 18 dewasa dan 35 kanak-kanak ditahan dalam operasi itu bermula 1 hingga 2 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya turut memberkas lima individu di perkampungan tersebut susulan memiliki dokumen perjalanan yang meragukan.

Operasi itu dilaksanakan bagi menangani isu sosial serta jenayah, dan kemungkinan kehadiran kumpulan militan.