409 Sekolah Diarah Tutup Akibat Jerebu : Berita BTtv – 10 September 2019
212
Bersama Reetasha Joanes Mijol
409 sekolah membabitkan 157,479 murid diarah tutup di Sarawak akibat jerebu teruk. UPSR diteruskan seperti biasa.
Ketua menteri berkata perlu ada kesiap siagaan oleh pelbagai agensi di Sabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan jerebu.-
Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak seharusnya ditimbulkan lagi.
Pengeluaran pas sementara Sabah, PSS bertujuan mudahkan pemantauan ke atas rakyat asing di negeri itu.
PSS : Jawapan Mohd Azis Jamman kepada Joniston.
Kenyataan presiden pertubuhan kebudayaan rumpun Dayak Sabah, Cleftus Mojingol kononnya kerajaan tidak membayar gaji ketua kampung, ketua anak negeri dan pengerusi majlis pengurusan komuniti adalah tidak benar dan satu pembohongan – setiausaha kerajaan negeri.
Pemain industri pelancongan minta pihak berkuasa menjalankan kerja pemulihan batu karang yang musnah akibat kejadian kapal kargo terkandas di perairan pulau Kalampunian, Kudat.
Projek bekalan air kampung Menggaris, Kota Marudu, bernilai RM2.4 juta dijangka siap dalam tempoh 1 atau 2 bulan, sekaligus mengakhiri penderitaan penduduk sejak bertahun lamanya.
Persatuan peguam Muslim Sabah, AMAL, alu alukan langkah DBKK untuk tidak membaharui lesen mesin slot di bandaraya itu mulai tahun hadapan.