4 Lori Tangki Minyak Terbakar Di Sandakan

SANDAKAN: 4 lori tangki minyak terbakar dalam kejadian di Kampung Jawa 1, Sungai Manila, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.11 malam tadi.

Katanya sepasukan 12 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera pemadam api (FRT) dan sebuah water tanker dari BBP Sandakan yang diketuainya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 21 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan 3 buah lori minyak yang terbakar 100% dan sebuah lori minyak yang terbakar 20%.

“Kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan 7 gallen foam , 3 aliran 200 kaki 3 pancutan sumber air dari tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jimmy, kebakaran dapat dikawal jam 11.25 malam dan operasi ditamatkan tamat sepenuhnya jam 12.37 tengah malam tadi.

Katanya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.