Setakat 12 tengahari tadi bilangan mangsa banjir di PPS Dewan Mini Mesapol, kekal 32 orang dari 11 keluarga.
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah, mangsa banjir yang dipindahkan adalah dari Kampung Sindumin Baru dan Kampung Siputol.
Katanya, hanya 1 PPS dibuka setakat ini di Sipitang iaitu di Dewan Mini Mesapol.
Sebanyak 17 kampung di Sipitang terjejas banjir sejak 20 Mei lalu.
6 jalan utama turut dinaiki air termasuk Jalan Kampung Menengah, Jalan Luagan Sindumin dan Jalan Skim Sindumin.