31 Individu Di Kompaun RM1, 000

Oleh NORA AHMAD
KOTA KINABALU: Seramai 31 individu termasuk tiga pemilik premis di kompaun RM1, 000 dalam Pemantauan OP Covid 19 (PKPP), di sekitar daerah ini, malam tadi.

Dalam pemantauan antara pukul 12.05 tengah malam hingga 3.30 pagi itu, semua individu berusia 21 tahun hingga 50 tahun didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pemantauan itu dilaksanakan sepasukan  pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu.

“Hasil pemantauan, sebanyak tiga serbuan dan pemeriksaan dibuat di tiga premis berasingan dan tiga pemilik kedai di kompaun kerana melanggar SOP yang ditetapkan.

“Manakala seramai 28 pelanggan terdiri daripada 18 Lelaki dan 10 wanita juga turut di kompaun kerana didapati melakukan kesalahan tidak mengamalkan

penjarakan fizikal yang sepatutnya dan boleh dikenakan kompaun di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.7)  (No. 2) 2020,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, semua Orang Kena Kompaun (OKK) dibawa balik ke IPD

Kota Kinabalu untuk tindakan proses pengeluaran kompaun.

“Sebanyak 31 kompaun telah dikeluarkan dan satu keetas siasatan turut dibuka dibawah Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam Sabah,” katanya.

Terdahulu, Habibi turut berkata, kerjasama seluruh masyarakat amat penting dalam penambahbaikan pengurusan keselamatan.

“Ini adalah faktor utama dalam

mengelakkan ledakan Covid-19 dalam skala yang lebih besar.

“Jadi pihak IPD Kota Kinabalu akan memantau secara berterusan dan tindakan tegas ini selaras dengan pendekatan kerajaan untuk memastikan SOP dikuatkuasakan,” katanya