21 Daripada 27 Ketua Kampung Di Labuan Letak Jawatan

3863
Sebahagian daripada ketua kampung yang menandatangani surat bertarikh 29 Januari untuk dihantar kepada ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan.Mazlan Mohd Din berpakaian coklat.

LABUAN: Sejumlah 21 daripada 27 ketua kampung di sini telah meletak jawatan berkuatkuasa 1 Februari dengan alasan ‘terlalu banyak main politik’ berlaku dalam pelantikan bagi jawatan tersebut.

Mereka telah menandatangani surat bertarikh 29 Januari yang dihantar kepada ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan (LC) selaku pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi jawatankuasa penyelaras ketua kampung Labuan Mazlan Mohd Din berkata beberapa sebab mendorong ketua-ketua kampung meletak jawatan dengan sikap mengambil berat kepada penduduk kampung menjadi faktor utama.

“Kami telah mengadakan perbincangan panjang-lebar di kalangan ketua kampung sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan demi kepentingan penduduk kampung,” katanya kepada Bernama hari ini.Beliau berkata senarai ketua kampung baharu yang tular selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kuasa telah mencetuskan spekulasi bahawa ketua kampung baharu akan dilantik di 27 kampung.

Mazlan berkata walaupun perintah ‘penggantungan tugas’ dikeluarkan tidak lama selepas pilihan raya umum ke-14 tahun lepas, semua ketua kampung terus menjalankan tugas seperti biasa selepas dinasihat untuk berbuat demikian oleh LC dan anggota Parlimen Labuan sementara pelantikan baharu dibuat.

“Pelantikan itu telah tertangguh sejak pertengahan tahun lalu, dan kami semua berada dalam kebingungan mengenai status kami,” katanya.

Mazlan berharap beliau berharap peletakan jawatan ketua kampung akan membantu mempercepatkan pelantikan ketua kampung baharu, yang telah tertangguih selama tujuh bulan yang lalu.

Beliau berkata ketiadaan ketua kampung rasmi menyebabkan isu-isu seperti pensijilan untuk pelbagai dokumen tidak dapat diuruskan dan ini menimbulkan kesulitan kepada penduduk kampung

Kontrak 27 ketua kampung secara rasmi tamat pada 31 Dis, 2019.

Sebulan sebelum penggal baharu persekolahan bermula, ramai penduduk kampung dan estet perumahan menghadapi kesukaran bagi mendapatkan pengesahan ketua kampung untuk dokumentasi sekolah.

Mazlan berkata kelewatan dalam memuktamadkan pelantikan ketua kampung adalah disebabkan tiada persetujuan berhubung pencalonan beberapa calon, dengan sesetengah penduduk tidak bersetuju dengan nama yang dicadangkan.

Ramai penduduk kampung membuat posrtng dalam Facebook, mendakwa bahawa beberapa calon tidak mempunyai rekod prestasi dan tidak mempunyai hubungan baik dengan penduduk kampung dan mungkin mengalami kesulitan untuk menjalankan tugas mereka secara efektif.