20 Anggota Tentera Disiasat Didakwa Lakukan Rompakan Berkumpulan Di Semporna

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sekali lagi mempersoalkan tentang kejadian rompakan berkumpulan membabitkan anggota keselamatan di Pulau Siamil, Semporna pada Ogos lalu.

Menjawab pertanyaan itu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan terdapat dua kes rompakan di laut disyaki dilakukan oleh anggota keselamatan pada Ogos lalu di perairan Pulau Siamil, Semporna.

Kedua-dua kejadian itu dilaporkan berlaku pada 15 dan 18 Ogos lalu dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan.

Tangkapan seramai 20 orang anggota tentera dan suspek-suspek telah diikat jamin pada 25 September lalu dan kes masih dalam siasatan.

Kementerian perlu menunggu sehingga siasatan selesai.