2 Pekerja Ditangkap Jual Minuman Keras Tanpa Pengetahuan Majikan

537
Kedua-dua suspek yang ditahan reman kerana disyaki menjual minuman keras tanpa pengetahuan majikan

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Perbuatan dua pekerja restoran yang menjual minuman keras secara senyap-senyap tanpa pengetahuan majikan akhirnya membawa padah apabila perbuatan itu berjaya dikesan.

Berikutan itu, kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 25 dan 26 tahun itu masing-masing ditangkap di dua lokasi berasingan pada Selasa (25 Disember) kerana disyaki menjual minuman keras di sebuah premis tanpa pengetahuan majikan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan itu dibuat berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh penyelia restoran berkenaan.

Kedua-dua suspek itu didakwa menjual minuman keras dan mencuri hasil jualan di premis majikan mereka pada 1 November lalu.

Akibat insiden itu, restoran berkenaan mengalami kerugian bernilai RM 10,000.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 29 Disember bagi membantu siasatan.