Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
TAMPARULI: Setiausaha politik kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Puan Jo-Anna Rampas merasmikan kempen derma darah di kg kapa pada 17.3.2019.
Sebanyak 18 pain darah berjaya di kutip oleh kakitangan Hospital Queen II sempena kempen tersebut yang dianjurkan bersama oleh Parti Warisan Sabah Cawangan Kg Kapa, Tamparuli.
Objektif kempen tersebut adalah
1. Memberi kesedaran dan membantu mengatasi masalah kekurangan darah di Bank darah Hospital Queen Elizabeth khasnya.
2. Memupuk semangat kekitaan masyarakat melalui program kemasyarakatan.
Sumbangan 5 kg beras telah disampaikan kepada setiap pengunjung yang berjaya menderma darah.
Pengerusi penganjur Jackol Gipin, CDO Tamparuli En. Jamuntai Lahoi, Pemaju Mukim Tamparuli En Heldy Juman, Ketua Wanita Warisan kg kapa Norty Bandara serta Ketua Wirawati Cawangan Kapa, Laura Jokoh turut menderma darah sebagai galakan Kepada masyarakat setempat untuk terus menderma darah pada masa hadapan.
Para penduduk kampung Yang terlibat dalam menderma darah adalah Kg Kapa,Kg Puhus, kg Minangkob, Kg Dopu dan Kg Togop, Tamparuli.