1,124 Pelajar Di Kota Marudu Terima Bantuan Peranti

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyerahkan peranti tablet kepada salah seorang wakil dari sekolah yang terpilih dalam program perintis tersebut.

KOTA MARUDU: Seramai 1,124 pelajar dari sembilan buah sekolah menerima bantuan peranti tablet, disini semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyerahkan peranti kepada pengetua dan guru besar sembilan buah sekolah tersebut dalam sebuah upacara penyerahan di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu.

“Program perintis ini menyasarkan pelajar-pelajar yang tergolong dalam keluarga B40 untuk memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) mereka,” kata Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.

Jelas Maximus, sumbangan tersebut merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat Yayasan Hasanah dan Yayasan Petronas.

Sekolah yang terpilih dalam program perintis itu adalah SMK Kota Marudu, SMK Bandau, SMK Langkon, SMK Tandek, SJKC Khoi Ming, SK Langkon, SK Tagaroh, SK Tandek dan SK Talatang.

Hadir sama, ADUN Tandek merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Hendrus Anding, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan), Khairuddin Jamal dan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Jonnybone Kurum.

Tamat

*Penerangan gambar:*