112 Rumah Dipindahkan Untuk Selesai Masalah Banjir

Azhar menyampaikan sumbangan.

KOTA KINABALU: Sebanyak 112 buah rumah terlibat dalam proses pembesaran sungai akan dipindahkan di kawasan yang dikenal pasti bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Rampayan Manggatal.

Pembantu Menteri Pembangunan dan Perindustrian Azhar Matussin berkata, langkah itu sudah pasti menyelesaikan masalah banjir yang melanda  penduduk Kampung Rampayan Manggatal sejak sekian lamanya.

Katanya, penduduk kampung perlu bersabar sedikit memandangkan kerajaan negeri berusaha untuk memastikan masalah ini dapat diatasi dalam tempoh terdekat.

“Kerja-kerja awal kini pembesaran sungai Rampayan Manggatal sedang giat dijalankan termasuk kita akan mengenalpasti tapak pemindahan bagi penduduk kampung yang terlibat.

Azhar melawat kawasan banjir.

“Oleh itu penduduk kampung Rampayan Manggatal  Mangggatal mereka yang tinggal di sekitarnya perlu untuk bersabar untuk kerja-kerja pembesaran sungai kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terlibat banjir di Kampung Rampayan Mangggatal, hari ini.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krambunai berkata, pembesaran sungai berkenaan adalah dibawah kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) manakala mesyuarat bersama pemimpin masyarakat sedang giat dijalankan.

“Keperluan pembesaran sungai di Kampung Rampayan Manggatal sangat mendesak kerana setiap kali hujan ianya menyebabkan banjir kilat kepada para penduduk di sekitarnya.

Sementara itu dalam perkembangan sama sebanyak 280 sumbangan disampaikan kepada keluarga yang terlibat banjir di Kampung Rampayan Manggatal.