Tragedi Bot Karam Batu Payung: Dua Lagi Mayat Di Jumpai

170
, menjumpai dua lagi mayat masing-masing di perairan Malaysia dan Indonesia
Penyelamat menjumpai dua lagi mayat masing-masing di perairan Malaysia dan Indonesia pada Jumaat.

TAWAU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa tragedi bot karam yang dipukul ombak ketika menghala ke Sungai Nyamuk pada Selasa lepas, menjumpai dua lagi mayat masing-masing di perairan Malaysia dan Indonesia, hari Jumaat.

Menurut wartawan Bernama yang menyertai operasi itu, mayat pertama seorang kanak-kanak dijumpai di perairan Tinagat, Tawau oleh anggota Kastam sekitar pukul 3.50 petang.

Sejurus selepas itu mayat kedua, seorang lelaki dikesan menerusi helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Unarang, Indonesia kira-kira pukul 4 petang.

Operasi SAR pada hari ini berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik dan lautan yang tidak bergelora.