Tiga Murid Lemas Mandi Sungai Di Kg Inanam Laut – Polis

164
Tiga murid lemas di Sungai Inanam Laut pada Jumaat. 

KOTA KINABALU: Tiga orang murid mati lemas ketika mandi sungai di Kampung Inanam Laut dekat sini Jumaat petang.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata mereka yang maut dalam kejadian 3.41 petang itu ialah Haikal Faiz Abdullah, 10, Shahrizal Azhar, 9, dan Mohd Kharil Marisani, 10.

Kesemua mangsa meninggal di Hospital Likas ketika menerima rawatan dan mayat mereka akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa mandi setelah balik dari sekolah. Sedang mereka mandi, tiba-tiba seorang daripadanya tenggelam. Kedua-dua rakannya cuba menolong tetapi mereka turut lemas,” katanya dalam satu kenyataan.

M.Chandra berkata orang awam yang menyaksikan kejadian itu menolong mereka termasuk menghubungi pihak bomba dan polis.

“Ketiga-ketiganya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Likas.