Tiga Maut, Empat Cedera Van Bertembung Kereta Api Di Beaufort

359
Beginilah keadaan van yang dinaiki oleh sekeluarga tujuh orang selepas bertembung dengan keretapi menuju ke Beaufort petang Selasa. – Gambar ihsan BOMBA Beaufort

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Tiga orang maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang bayi perempuan apabila van mereka bertembung dengan kereta api penumpang yang datang dari arah Kota Kinabalu menuju Beaufort lebih kurang 2.35 petang Selasa.

Ketujuh orang yang berada dalam van itu adalah dari satu keluarga.

Mereka yang maut termasuk pemandu van, Majinon bin Matunjung, 78, seorang Kadazan dari Kampung Klias Baru, Beaufort, isterinnya, Noor Lela Binti Roslan, 42, Jawa, dan anak perempuan mereka, Lestary Binti Majinon, 17, pelajar tingkatan 5.

Salah dari satu adik-beradik yang cedera dalam kemalangan itu.

Dua lagi anak pasangan itu, Lamisah, 13, and Missah, 15 cedera serta cucu mereka, Siti Nurfarhana Binti Fredy, 2, dan menantu perempuan, Sufiena Binti Razali, 22.

Kempat empat mereka sedang dirawat di hospital daerah Beaufort.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian berlaku di Kampung Memanjang, Beaufort dengan tiga mangsa maut di lokasi kejadian. Ia berkata mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Sufiana Razali, Misah Maznun, Lamisah Maznun, Siti Nur Farhena Maznun serta seorang bayi berumur setahun lapan bulan iaitu Siti Nur Farhena Maznun.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.57 petang.