Taktik Kotor Pihak Tertentu Dibidas; Tiada RM50, Cabutan Bertuah

2179
Loreto Padua

Oleh LORETTO PADUA JR
SURAT: Merujuk kepada jemputan untuk menghadiri penutupan Jelajah Sabah oleh Parti Warisan Sabah pada 18 Mac 2017 bertempat di Kg. Nambazan, Penampang.

2. Pihak kami telah mendapat laporan bahawa jemputan tersebut telah diedit oleh pihak tertentu kononnya RM50 akan diberi kepada mereka yang hadir ke program penutupan tersebut serta cabutan hadiah bertuah.

3. Warisan menafikan sekeras-kerasnya bahawa parti ini akan memberikan RM50 kepada yang hadir serta cabutan bertuah tersebut.

Asal, atas, dan Palsu, di bawah, kad jemputan ke penutupan Jelajah Warisan di Kg Nambazan, Penampang Sabtu ini. Ada pihak tertentu meniru jemputan yang disiarkan di ‘media sosial’ dengan menambah perkataan ‘RM50 setiap peserta di samping cabutan bertuah’. 

4. Percubaan untuk mengelirukan rakyat Sabah dengan cara yang keji ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan marah rakyat kepada Parti Warisan Sabah. Kejadian ini tidak akan sekali-kali melunturkan semangat pemimpin-pemimpin, ahli² parti, penyokong dan sukarelawan Parti Warisan Sabah untuk terus berjuang malah akan menjadi pembakar semangat untuk terus berkerja kuat menumbangkan umno-bn.

  • Loreto Padua adalah Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah